Yang Selalunya Baik..........

Selasa, 27 Oktober 2009


Masa aku kecil filem inilah yang menjadi tontonan aku. Masa tu aku tak berapa tahu betapa bergunanya filem ini sekarang yang menjadi inspirasi buat aku untuk buat teater. Apa yang aku dapat katakan di sini, semakin aku tengok filem ini, semakin membuak- buak semangat aku untuk meneruskan cita- cita aku untuk menghasilan teater sepeti filem ini. Sebenarnya aku memang suka muzikal teater. Cuma kemampuan aku, masa aku, dan "demi ringgit", semua itu adalah halangan -halangan yang perlu aku tempuh untuk mendapatkan semua ini. Tetapi Percayalah, masanya dah semakin hampir untuk aku merealisasikan impian aku sekurang- kurangnya sekali sebelum aku menutup mata kelak. kalau kau orang pernah tengok filem ini baguslah, tapi kalau yang belum pernah tengok, silalah cari di pasaran. Aku akui sekarang ni memang susah untuk mendapatkan filem lama ni. Tapi aku rasa, filem ni masih ada di jual di kedai- kedai DVD yang "berjenama". Walaupun mahal sikit harganya, bagi peminat filem muzikal....sudah tentu ia berbaloi dengan pelaburan kau orang buat kerana ia boleh di simpan sebagai koleksi peribadi juga sebagai rujukan untuk orang yang berada dalam bidang seni persembahan dan filem. Kalau tak silap aku DVD filem ni harganya RM159. tetapi lengkap dengan "the makin of" dan extra. kalau nak dapatkan yang "haram", aku rasa dah terlambat kot.......

Tribute to.....

Sabtu, 24 Oktober 2009












Inilah saja yang dapat aku abadikan bersama sahabat- sahabat seni yang masih ada dan yang sudah bersara dari dunia seni. Moga- moga tuan empunya diri melihat blog aku ni dan mengimbau kembali kenangan di atas pentas bersama- sama. Bilakah kenangan sebegini akan kembali?..........PS: jangan emosi sangat ya. Kepada tuan empunya diri, kalau nak download poster ekslusif kau orang ni, silakan......aku buat khas untuk kau orang sebagai kenangan......

Ekslusif Buat Peminat & Pereka Grafik




























































Pertama kalinya disiarkan secara lengkap poster- poster teater dan event yang pernah aku reka. Kepada peminat poster yang pernah melihat poster aku, mungkin kau orang belum pernah lihat unrelesed poster, alternatif poster & single poster yang pernah aku reka untuk produksi- produksi teater dan event di Penang. Kebanyakannya kau orang hanya pernah lihat poster rasmi sahaja kan.....sekarang.....tengok puas- puas.....sebelum aku luputkan dalam masa yang terdekat. PERHATIAN : ANDA DIBENARKAN DOWNLOAD KOLEKSI POSTER INI JIKA ANDA MAHU.