Dimensi Baru

Rabu, 21 Oktober 2009






Laman ini akan memaparkan pelbagai info dariku. Sebagai peranti untuk memberi pelbagai ilmu dan kepandaian aku dalam apa jua jenis bentuk pandangan juga pendapat dari semasa ke semasa. Kepada yang telah mengenali aku, pertama kali aku war- warkan bahawa ini bukanlah laman yang lebih kepada seni teater semata mata. Ini adalah laman dimana untuk aku releks dari dunia pementasan. Akan tetapi info teater akan aku berikan juga sebagai penghargaan terhadap penghambaan aku selama ni dalam bidang ini juga pautan kepada sahabat, dewa, dan juga ilmua-ilmuan pementasan teater yang sangat berkait rapat dengan aku. Sesungguhnya aku tak boleh lari dari "NYAWA SENI" yang telah memberi aku nafas yang segar dalam ruang legarnya. Apa yang aku dapat katakan, laman aku ni akan memberi peluang kepada sahabat, dewa dan juga ilmuan -ilmuan seni untuk berinteraksi dengan aku kerana seni akan berkembang walau sesaat kita gali ilmunya dan itu yang aku perlukan dari kamu semua. "YANG HEBAT BELUM TENTU PADU DAN YANG KURANG BELUM TENTU SEDIKIT". Percayalah kata aku ini. Jadi kepada Semua "Penjawat Seni", dengan adanya laman aku ini, bukalah segala demensi yang kamu ada untuk kebaikan kita semua ya........curahkanlah segala apa yang kamu ada dari apa jua sudut seni yang kamu tahu..........Untuk kali ini laman ini lebih telus dari segi pengisiannya mahupun dari segi nama dan juga biografi aku. Tiada lagi samaran atau selindungan yang memberi seribu rahsia. Jadi, wahai sahabat, dewa dan ilmuan- ilmuan seni.........kenalilah aku dengan lebih dekat jika berkeinginan.

0 comments:

Catat Ulasan