Masih ingatkah aku akan dia?

Rabu, 21 Oktober 2009



Aku masih ingat semasa aku di tingkatan 1 di Sekolah Menengah Sri Perak, Parit Buntar, kenangan aku bersama kumpulan ini ada sejarahnya tersendiri. Dengan duit sekolah yang dibekalkan RM1 sehari, aku simpan sehingga aku boleh membeli kaset original yang berharga RM12 pada masa itu. memang susah nak dapatkan yang cetak rompak. lagi pun aku suka dengan kumpulan ini. Setahu aku, vokalis kumpulan ini adalah anak tempatan kita. dia ni kalau tak silap aku belajar kat New Zealand dalam bidang undang- undang. Tapi entah macamana terjerumus pula dalam bidang seni. Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin sememangnya ditakdirkan menjadi anak seni. Semasa belajar, Aishah tidak dibenarkan menceburi bidang seni kerana pada masa itu keluarganya mementingkan pendidikan dalam keluarga. jadi terpaksalah Aishah menyanyi "senyap- senyap". Aku masih ingat lagu pertama yang dimainkan di radio yang bertajuk "mawar putih mawar merah". Mungkin generasi sekarang tidak tahu lagu itu dan untuk pengetahuan kau orang, itu adalah lagu pertama Aishah dan lagu itu adalah lagu duet bersama Malik Ridzuan. Lepas itu Aishah pun berangkat ke negara "burung kiwi" untuk meneruskan cita -cita keluarga. Oleh kerana keinginanya sangat tebal dalam bidang nyanyian, Aishah tidak patah semangat untuk meneruskan cita- citanya untuk menjadi seorang penyanyi. Pelbagai pertandingan telah di cubanya. Boleh dikatakan kebanyakannya Aishah menang dalam pertandingan yang disertainya. Selangkah demi selangkah Aishah mengatur langkah sehingga dia merakamkan demo untuk dijaja kepada syarikat rekod. Orang kata kalau dah rezeki tak ke mana. Kebetulan pada masa itu, sebuah kumpulan yang sangat popular di New Zealand telah kehilangan Vokalis. Tak Tahulah aku sebab apa tapi setelah kumpulan ini mendengar demo anak tempatan kita ni, terus terpikat. Aku tak berapa ingat nama asal kumpulan ni, tapi tak lama lepas tu, nama baru di cipta bagi penjenamaan baru dan konsep baru kumpulan ini. Maka tertubuhlah THE FAN CLUB. Selepas tu bermulalah dunia populariti Aishah bersama THE FAN CLUB. Album pertama mereka ni bertajuk "Sensation". memang hit dan meletup habis. Disusuli pula dengan album kedua yang bertajuk "Respect The Beat". Album ni pun meletup juga, sehinggakan lagu "don't let me fall alone" menduduki carta muzik US. Bukan senang nak memecah tembok muzik US. Tapi bak kata pepatah, panas tak berpanjangan. Maka setelah terhasilnya dua album bersama THE FAN CLUB, Aishah mengambil keputusan mengundur diri dari kumpulan ini. Ini mungkin kerana darah melayu dan adat ketimuran masih menebal dalam dirinya. Aku tabik dengan diva ni kerana pendiriannya untuk kembali ke tanah air menumpahkan darah seninya di sini.

0 comments:

Catat Ulasan