Kembara Baru 2010

Rabu, 9 Disember 2009
Buat tak buat......... kena buat juga. Kalau tak macamana nak dapat hasil yang baik dan bermutu untuk pementasan baru...Tajuk kali ni "SIRIH BERTEPUK PINANG MENARI". Karya Datuk Noordin Hassan. Aku tahu risikonya amat besar jika kegagalan untuk mementaskan teater ini apatah lagi skrip dan pengarah asalnya adalah tuan empunya tajuk ini. Pengarah untuk musim terbaru ni mungkin akan terduduk jika hasil tidak sehebat pementasan yang terdahulu. Tapi kalau tak buat kita tak tahu setakat mana kemampuan kita. keputusan yang diambil amat rumit. Dari segi produksi kali ini aku betul -betul kena "tapis" kerana individu yang berada dalam produksi perlu tahu tugas yang bakal digalas agar tidak membebankan tenaga produksi yang lain atau dalam erti kata lain "tau buat kerja dan tak memandai- mandai". Aku akan pastikan kali ini individu- individu yang terpilih berada ditempat atau di "titik" yang tepat dalam produksi........ini formula aku. Kali kedua aku berkolabrasi dengan pengarah jati Pulau Pinang (Bapak Teater) setelah "BILA LAGI KOMPANG BERBUNYI (BLKB)" berjaya mencipta sejarah persembahan yang memeakan masa 2 jam 45 minit dengan jayanya.......................belum pernah di dominasi oleh pengarah lain yang mementaskan tetater melalui TE.TA.MU. Sememangnya kebanyakan aktivis teater Penang kenal akan pengarah RAZALI RIDZUAN dan aku akan pastikan pengarah ini mencurahkan segala ilmu yang dia ada dari aspek pengarahan kepada pelakon. Sedikit kelegaan pada aku apabila cadangan pelakon yang disenaraikan sebahagian besarnya adalah pelakon yang telah berpengalaman dan beberapa muka baru yang bakal menjadi pelapis baru dalam dunia teater di Pulau Pinang.........Yang pastinya sekarang, persiapan fasa pertama sudah pun berjalan dan pengembaraan baru dalam produksi ini semestinya kekreatifan aku bakal tercabar dalam "SIRIH BERTEPUK PINANG MENARI" yang akan ke pentas pada tahun hadapan.........."AKU MENUNGGU CABARAN ITU".

1 comments:

Pegawai Khalwat berkata...

Amin!

Catat Ulasan