2010 YANG BARU

Ahad, 24 Januari 2010




Seperti yang kawan -kawan ku tahu, setiap tahun mesti ada yang tak lepas dari siksaan mental dan fizikal. Pulak tu dalam bidang seni yang senantiasa perlu tangkas berfikir dari segi ilmiah. Aku dapat rasakan perbezaan yang akan aku hadapi pada tahun ni. Mungkin tahun yang terdahulu, aku terlalu emosional dalam menentukan perjalanan seni yang aku cipta agar setiap moment yang aku kecapi mencapai tahap yang aku inginkan. Kini tidak lagi, mungkin aku dah tak sekuat dahulu dalam menunggu saat berkuburnya hari -hari seni aku ini. Aku rasa sudah sampai masanya untuk aku tinggalkan dunia ini perlahan -lahan. Walaupun tidak terlalu drastik, aku yakin lama- kelamaan aku akan meninggalkanya juga. Mungkin persekitaran sekarang memberi aku panduan dimana sudah sampai masanya untuk aku berundur secara perlahan- lahan. Bagi aku, tiada bezanya cepat atau lambatnya pengunduran aku ini kerana aku bukanlah sesiapa untuk dikenali. Wujud atau tidak aku dalam ruang legarnya kadang- kadang tiada siapa yang tahu. Bagus juga dunia seni, "datang dan pergi sesuka hati"....salah satu lirik yang pernah ditulis oleh Ramli Sarip. Hmmmm....begitu bermakna. Aku juga bangga kerana sudah ramai pelapis baru yang dah mengorak langkah dengan jayanya. Syabas inspector Syahab!!!. Aku begitu terhutang budi kepada insan- insan yang bertanggungjawab membawaku ke dunia seni. Tanpa mereka mereka, aku tak dapat nak bezakan insan seni yang disanjung atau dikutuk. Apa yang menjadi kenangan dalam hidup aku ini akan aku gunakan sebaik mungkin dalam hidup kerana "Seni Itu Indah"

Sirih Bertepuk Pinang Menari (April 2010)

Rabu, 20 Januari 2010




Julung - julung kalinya TE.TA.MU (Penggiat Seni Teater, Tari Dan Muzik)Pulau Pinang Mempertaruhkan karya seorang tokoh yang sangat tersohor (Dato' Noordin Hassan). Dengan Tajuk yang sangat ideal dengan konflik kehidupan manusia, "Sirih Bertepuk Pinang Menari", sentuhan pengarah Razali Ridzuan akan menemui penonton di Auditorium P.Ramlee, Taman Budaya Pulau Pinang Pada 16, 17 & 18 April Ini. Untuk Keterangan Lanjut, Sila Hubungi : 013-6191239 atau 0194885900.

Kemusnahan Total.

Selasa, 12 Januari 2010


SUPERNOVA.....sering diperkatakan oleh orang -orang yang mengambil tahu tentang kejadian alam semesta. Baru -baru ini, sekumpulan pengkaji angkasa lepas telah mengesan kewujudannya. Apa yang ditemui adalah saiznya yang semakin membesar. Jika berlakunya pecahan atau letupan ini, satu gelombang yang maha basar akan terjadi. Kuasa yang dijangka oleh saintis adalah berbilion kali lebih kuat dari kuasa nuklear dan sekaligus memusnahkan seluruh lapisan ozon dengan erti kata lain setiap makhluk dan benda yang ada di bumi akan rentung dalam sekelip mata. Jarak pembesarannya diukur mengikut tahun dan paling ketara pembesarannya adalah semenjak 4 tahun yang lalu.......sebagai hambanya, fikir- fikirkanlah.


---------------------------------------------------------------------------------


Kalau aku ada kuasa dan ringgit, aku nak jadikan dunia ni aman dan tenteram. Tak tahulah aku apa yang dah jadi dengan dunia sekarang ni. Perang sana,perang sini. Musnah sana, musnah sini. Tak cukup dengan itu, kemusnahan alam adalah "Sub disaster " yang semakin hari semakin nyata keuzuran dunia. Dari lahir manusia hingga matinya seseorang manusia itu mungkin ada sifat "jahat" dalam diri setiap manusia walau sebaik mana pun makhluk kejadian tuhan ini. Cuma pengawalan diri sebagai makhluk ciptannya membezakan satu sama lain. Kalau tidak masakan Allah ciptakan malaikat dan syaitan. Sudah tentunya syaitan telah berjanji akan memesongkan anak cucu Adam di muka bumi ini sehingga hari penentuan kelak. Kalau itulah misinya, manusia sekarang telah "berperang" dengan hebatnya. Yang nyata sekarang, peperangan yang "zahir" hanyalah sekelumit pandang tetapi peperangan yang maha dasyat terletak di "dalam" setiap makhluk yang bernama "Manusia". Apakah askar -askar dalam diri setiap manusia dapat menentang kehebatan syaitan bagi mempertahankan amanah yang telah di utuskan olehNya kepada manusia sebagai khalifahnya di muka bumi ini. Apakah kemusnahan yang nyata dilihat oleh kita sekarang sudah cukup hebat atau kemusnahan dalam diri setiap kita adalah satu kemusnahan total yang tidak dapat dipulihkan lagi. Masing -masing ada jawapannya.