KOIR KEBANGSAAN

Ahad, 7 Februari 2010




Malam kelmarin aku menyaksikan persembahan konsert koir kebangsaan di Auditorium P.Ramli Penang. Secara peribadinya persembahan itu sedikit sebanyak memberi aku idea untuk aku memperbaiki diri aku dari segi emosi kerana bagi aku muzik adalah satu terapi yang begitu mujarab. Dalam kekusutan yang aku alami sekarang ini aku dapat rasakan masih ada ruang untuk aku memperbaiki diri. Cuma kehebatan konsert ini tidak dapat menandingi konsert mereka yang telah lepas. Mungkin ramai pelapis baru. pemilihan lagu aku rasa menepati kehendak masa kini yang mana semakin ramai yang sedar kecintaan terhadap alam dan manusia sejagat. Lagu -lagu yang dialunkan juga begitu harmoni tetapi sedikit tenggelam oleh muzik yang bagi aku peratusnya lebih tinggi berbanding penonjolan vokal ahli koir itu sendiri. Tetapi apa- apa pun .....tahniah aku ucapkan kepada kumpulan Koir Kebangsaan kerana berjaya membawa medley michael jakson seolah oleh ia adalah bersembahan mengenang penyanyi pop tersebut.

2 comments:

puteri_cekak berkata...

aku jua amat terhibur.yg muzik tu meleraikan sgala kekusutan.aku cinta muzik!!

The Island of NAMOYAKI, berkata...

sahabat,
apakah masih menghibernisasikan diri,

mari,
mari kita pergi ke bukit sana,

Catat Ulasan