Penantian Berakhir

Selasa, 2 Februari 2010



Setiap yang berlaku adalah kehendaknya. Aku redha akan ketentuannya yang menuntut untuk aku akhiri semua ini. Mungkin ada rahmat disebalik apa yang berlaku. Kini aku dalam proses menyelesaikan kerja-kerja seniku yang terakhir sebelum segalanya luput dalam otak aku untuk selamanya. Kepada semua yang kenal aku, biarlah semua ini menjadi kenangan dalam sejarah hidup kita kerana manisnya kenangan lalu akan membuat kita tersenyum. Untuk penggiat seni P.Pinang, capailah apa yang kau orang nak capai selagi terdaya. Jangan siakan bakat yang ada untuk kemajuan diri kau orang sendiri. Senang aku rasa apabila nampak ramai yang dah mengorak langkah lebih jauh, bukan sahaja dalam bidang persembahan pentas tetapi juga ke kaca tv dan ke layar perak. Senang hati aku untuk aku terus melangkah meninggalkan bidang ini. Percayalah, aku akan terus menyokong kau orang walaupun selepas ini aku semakin jauh dari kau orang. Hanya laman blog ini akan menjadi penyambung antara aku dan kau orang yang mengangggap aku sebagai manusia yang pernah berada di dalam ruang seni ini. Kepada rakan didik aku dalam GRAPHIC, bersedia untuk mengambil semua ilmu yang aku ada bagi menyambung apa yang telah aku warnai sebelum ini. Walaupun agak susah dan payah, kesenangannya akan kau orang rasa kemudian......PERCAYALAH.

1 comments:

puteri_cekak berkata...

aku jua mau ilmu itu..karna ilmu itu amat penting buat aku..bilaa daa dpt blajar ngan sii fuu nie..

Catat Ulasan