Ku Kembali Lagi.

Khamis, 10 Mac 2011

setelah sekian lama menyepi dari dunia blogger....kini aku kembali mewarnai ruangan ini.......kepada yang menanti........

Teater GAZA BERDARAH 2010

Isnin, 16 Ogos 2010





BERTAM - 29/7/2010 - Sketsa kekejaman rejim Zionis dan penderitaan rakyat Palestin yang dipersembahkan Kumpulan Teater Hamid Gulai Kawah, pada malam Mahabbah Gaza di tempat letak kereta Bertam Perdana, meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Persembahan selama hampir sejam itu merupakan salah satu acara kemuncak pada malam Mahabbah Gaza, anjuran bersama Uzai Marketing dan Bertam Properties Sdn Bhd, dalam usaha mengumpul dana untuk disalurkan kepada penduduk Palestin yang dihimpit derita.

Penonton, Kadir Rahman, 41, dari Kampung Guar Kepah di sini berkata, lakonan sangat berkesan dan menyentuh hatinya.

“Saya terlupa seketika bahawa itu adalah lakonan semata-mata, selepas melihat kekejaman pihak Yahudi menembak dan menyembelih kanak-kanak Palestin.

“Dalam masa sama, saya sedih kerana jika benar itu yang dialami saudara seagama kita di Palestin, bermakna kita perlu membantu mereka menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban,” katanya kepada Sinar Harian.

Halimah Said, 49, dari Kampung Tasek, Tasek Gelugor berkata, kekejaman puak Yahudi sepatutnya ditentang habis-habisan melalui penyatuan umat Islam di seluruh dunia.

“Sedih, kerana saudara kita diperlakukan sedemikian dan terpaksa menempuh hidup dalam keadaan azab akibat kebiadaban Yahudi.

“Lakonan kumpulan itu sepatutnya boleh menyedarkan kita bahawa keharmonian hidup melalui negara berdaulat seharusnya dipertahankan dan anasir jahat yang cuba merampas hak negara patut ditentang,” katanya penuh semangat.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bertam Properties Sdn Bhd, Datuk Roslan Ibrahim, Pengarah Urusan Uzai Marketing, Ruzaimi Mohd Adnan dan orang ramai.

Penonton juga dihiburkan dengan persembahan nasyid kumpulan Rabbani dan kemudiannya diikuti dengan pelancaran Tabung Gaza dan pelepasan konvoi motosikal program Jelajah Utara dalam misi mengutip dana untuk tabung berkenaan.
info dari : SINAR HARIAN 1 OGOS 2010

Sekitar Pengambaran Drama Online Ayob

Selasa, 27 Julai 2010




TETAMU diambang kemusnahan

Selasa, 6 Julai 2010


Dah tak ada apa yang boleh diselamatkan lagi.....aku sudah sedia

Akan Datang (Mesti Tonton)

Isnin, 3 Mei 2010

DOWNLOAD FREE

Ahad, 4 April 2010
PC WALLPAPERS




DOWNLOAD FREE

Handphone Wallpapers











Download Free

POSTER





















The A Team (Movie)

Rabu, 17 Mac 2010

semakin banyak adaptasi novel, siri ke layar perak. Agaknya dah kehabisan idea kot....

AKAN DITAYANGKAN DI PAWAGAM PADA 10 JUN 2010.