Paling Prestij Dalam Sejarah

Ahad, 15 November 2009
Malam Anugerah Paling Prestij Dalam Sejarah Festival Teater Pulau Pinang pada 2009.
video
Teruskan Jebat!!!!................Biar semua orang- orang kampung dan satu Malaya tahu............... video

Sawa Oh Sawa....

Isnin, 9 November 2009

9 Disember 2009, 8.30 pagi.......kat rumah aku, kenapa pagi tu aku rasa lain macam je.......selalunya aku dikejutkan dengan bunyi- bunyian pagi seperti ayam. Tetapi pagi kelmarin rasa lain pulak. mungkin ayam- ayam peliharaan mak aku dah mogok atau kehabisan suara kerana konsert besar- besaran pada malam sebelumnya kedengaran sangat kuat sampai aku tak boleh tidur. Aku biarkan saja apa yang terjadi. Bila abah aku balik dari kerja, dia adalah orang yang pertama akan ke reban ayam kat belakang rumah aku setiap pagi.....al maklumlah, abah aku guard jadi dah seperti tanggungjawab dialah untuk beri makan ayam setiap pagi. Nak harapkan aku, harammmm..........alamatnya kebulurlah ayam kat reban tu. Juga tidak seperti hari -hari sebelumnya, abah aku bising kat belakang reban ayam........."siapa punya kerja ni!!!!!"........ aku bergegas ke belakang rumah seperti seorang anggota bomba yang sedang bersedia untuk ke lokasi kecemasan. Apa yang memeranjatkan aku, semua ayam kat reban dah tak bernyawa lagi. Aku kembali terfikir malam sebelumnya.......ayam ayam aku melalak dengan kuat sekali. Tetapi apakah motif ayam- ayam kat reban tu bertindak sedemikian. Aku mengandaikan bahawa ayam-ayam ni membunuh diri secara beramai- ramai atau mungkin di serang oleh makhluk yang ganas..........atau sebab layanan kami sekeluarga memberi makan yang tak sedap kepada ayam-ayam ni sehingga mereka mengambil keputusan membunuh diri. Kalau betul, aku adalah orang yang paling rasa bersalah kerana kurang menjaga kebajikan ayam- ayam kat reban belakang rumah aku sedangkan mereka bertungkus lumus untuk untuk menghasilkan telur kepada kami sekeluarga untuk makan dan di jual selebihnya. Aku tak puas hati......pelbagai tanggapan bermain dalam fikiran aku dan salah satunya aku terfikirkan pasal ular saya....."ops!!!.....sorry, ular SAWA ya. Tak lama lepas tu abah aku ternampak benda bergerak- gerak kat tepi semak tak jauh dari lokasi kejadian pembunuhan beramai ramai tu. Dan Akhirnya persoalan terjawab apabila yang aku tak sangka berlaku.......ULAR SAWA sebesar paha orang dewasa dan sepanjang 3 meter sedang beristirehat akibat kekenyangan. Nak pukul, besar sangat. Aku biarkan saja sementara itu aku angkat ganggang telefon dan call bomba. First time aku buat panggilan kecemasan. Aku dail no 994. Memang betul balai bomba tetapi yang mengejutkan aku balai tu bukan kat tempat aku, tetapi kat Langkawi......mak oi......jauhnya. Pasal ular sawa, operator tu gelak kat aku. Lepas tu dia bagi aku no phone balai bomba Parit Buntar. Lebih kurang 1 jam jugak anggota bomba seramai 5 orang nak tangkap ular sawa tu. Bukan senang Ooo......Setelah dikira, 3 ekor ayam aku yang sudah cukup matang dan dewasa dilahapnya dan yang peliknya semua 12 ekor ayam dalam reban habis mati dalam masa yang sama. Apakah semua ni kerja ular sawa tu. Kalau ya pun...... bunuh lah satu- satu...... ni kan dah membazir.....bukannya kau boleh makan semua.....aku dan keluarga aku yang rugi tau. Tapi aku dan keluarga pasrah akan kejadian ini. Dah tiada lagi telur untuk digoreng dan telur untuk dijual.....

Penantian Berakhir Sudah

Ahad, 8 November 2009
6 Disember 2009, berakhirnya penantian dimana akhirnya Jebat: rahsia kesumat selamat dipentaskan di panggung pelenggang cahaya. Rasa bangga jugak aku kerana semuanya berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Buat pertama kalinya aku rasa ini adalah monolog yang paling sukses sepanjang aku melihat dan mengarah teater. Walaupun monolog ini hanya memerlukan 3 tenaga produksi, tapi aku bangga kerana semuanya memberikan kerjasama dalam semua bentuk.....cayalah kau orang.......Tiada apa yang dapat aku katakan.... cuma harapan untuk ke kebangsaan (Insyallah). Kepada sahabat- sahabat yang telah menjayakan pementasan ini di pentas atau di belakang pentas, SYABAS!!!

Juara Pertama Muzik- Muzik 1986

Jumaat, 6 November 2009
video

Bermulanya satu fenomena baru dalam industri huburan (tv) yang mempertaruhkan bakat nyanyian secara live di TV3 pada ketika itu.

Rent (Musical Film)

video

Memang best giler.........cubalah cari kat kedai DVD yang "berjenama". Itu pun kalau stok masih ada.........