
Avatar: The Last Airbender. (Versi M Night Shyamalan 2010)

Tunggu saja lah..... kepada peminat karya M Night Shyamalan yang pernah menonton karya beliau, mungkin sedikit janggal dengan filem ini kerana karya beliau sebelum ini agak berat tetapi kali ini beliau beralih kepada komesial.
Senjakala (tahun 1990)

Senjakala adalah hasil dari penulis BAHARUDDIN KAHAR yang pernah memenangi hadiah karya sastera 1976, sayembara cerpen Esso-Gapena 1982 dan penerima "Zamalah Sastera"1985. kalau kau orang berminat carilah di kedai yang terdekat......itu pun kalau masih ada atau pun e-mail aku saja.
Kembara Baru 2010
Windows 7 : Lebih Laju. Lebih Stabil, Lebih Mesra Pengguna

Mungkin ada yang pernah mendengar mengenai Microsoft yang sudah melancarkan sebuah lagi sebuah windows iaitu Windows 7. Kod nama untuk Windows 7 ini telah ditukar beberapa kali. Sewaktu di awal projek tersebut, ia dinamakan kod “Blackcomb” pada 2003. Ia kemudian ditukarkan kepada kod “Vienna” pada awal tahun 2006 dan akhir sekali nama rasminya adalah Windows 7. Windows 7 telah melancarkan versi betanya iaitu Windows7 Beta pada bulan Januari 2009. Untuk Windows 7 versi penuh pula dilancarkan pada umum pada November 2009. Pada pendapat aku yang baru menggunakan sistem operasi ini yang berharga RM929 (Versi Ultimate), walau apa pun Microsoft pasti akan melancarkannya mengikut perancangannya tetapi seperti anda sedia maklum, pasti selepas itu mereka akan mengeluarkan service pack atau patch-patch untuk semua jenis windows mereka.
Ciri-ciri baru Windows 7 :
Antara muka pengguna
- Windows 7 masih mengekalkan ciri utama antara muka pengguna dan stail visual grafiknya iaitu Windows aero seperti windows vista tetapi banyak penambah baikan telah dilakukan. Ciri yang ketara ialah grafik yang menarik di desktop seperti kaca.
- Taskbar Windows & telah ditambah ketinggian sebanyak 10 piksel dari windows vista. Ia ciri terbaru pada windows 7 yang menggunakan grafik ikon yang lebih besar. Tetapi sekiranya anda sudah biasa dengan ikon yang lebih kecil, ciri-ciri taskbar windows vista yang lebih kecil turut disertakan.
Senarai Pantas (Jump List)
- Pilihan menu ini kini boleh didapati dengan klik kanan pada ikon di taskbar. Setiap ikon yang berlain mempunyai senarai pantasnya yang berlainan mengikut kegunaan aplikasi tersebut.
Ruang Penyimpanan maya (Virtual hard disks)
- Windows 7 juga telah menyediakan fungsi tambahan Microsoft Virtual PC iaitu dengan menambah fungsi Ruang Penyimpanan
Maya (Virtual hard disks) yang boleh digunakan atau dijadikan sebagai pemacu.
Ciri-ciri yang telah dibuang dari Windows sebelumnya :
- Menu mula dan taskbar klasik seperti taskbar win98
- Aplikasi Windows Photo Gallery, Windows Movie Maker dan Windows Mail telah dibuang tetapi digantikan dengan aplikasi Windows Live. Namun ada sesetengah fungsi masih lagi wujud pada aplikasi baru Windows Live.
- Aplikasi Windows Defender telah dibuang
- Windows Meeting Space
- InkBall
- On-Screen Keyboard telah dibuang
- Windows Sidebar pada windows vista telah dibuang
Bermacam-macam lagi ciri-ciri tambahan yang terdapat pada Windows 7.
Anda boleh rujuk ke http://en.wikipedia.org/wiki/Windows_7
Paling Prestij Dalam Sejarah
Sawa Oh Sawa....

Penantian Berakhir Sudah

Juara Pertama Muzik- Muzik 1986
Bermulanya satu fenomena baru dalam industri huburan (tv) yang mempertaruhkan bakat nyanyian secara live di TV3 pada ketika itu.
Rent (Musical Film)
Yang Selalunya Baik..........

Masa aku kecil filem inilah yang menjadi tontonan aku. Masa tu aku tak berapa tahu betapa bergunanya filem ini sekarang yang menjadi inspirasi buat aku untuk buat teater. Apa yang aku dapat katakan di sini, semakin aku tengok filem ini, semakin membuak- buak semangat aku untuk meneruskan cita- cita aku untuk menghasilan teater sepeti filem ini. Sebenarnya aku memang suka muzikal teater. Cuma kemampuan aku, masa aku, dan "demi ringgit", semua itu adalah halangan -halangan yang perlu aku tempuh untuk mendapatkan semua ini. Tetapi Percayalah, masanya dah semakin hampir untuk aku merealisasikan impian aku sekurang- kurangnya sekali sebelum aku menutup mata kelak. kalau kau orang pernah tengok filem ini baguslah, tapi kalau yang belum pernah tengok, silalah cari di pasaran. Aku akui sekarang ni memang susah untuk mendapatkan filem lama ni. Tapi aku rasa, filem ni masih ada di jual di kedai- kedai DVD yang "berjenama". Walaupun mahal sikit harganya, bagi peminat filem muzikal....sudah tentu ia berbaloi dengan pelaburan kau orang buat kerana ia boleh di simpan sebagai koleksi peribadi juga sebagai rujukan untuk orang yang berada dalam bidang seni persembahan dan filem. Kalau tak silap aku DVD filem ni harganya RM159. tetapi lengkap dengan "the makin of" dan extra. kalau nak dapatkan yang "haram", aku rasa dah terlambat kot.......
Tribute to.....












Inilah saja yang dapat aku abadikan bersama sahabat- sahabat seni yang masih ada dan yang sudah bersara dari dunia seni. Moga- moga tuan empunya diri melihat blog aku ni dan mengimbau kembali kenangan di atas pentas bersama- sama. Bilakah kenangan sebegini akan kembali?..........PS: jangan emosi sangat ya. Kepada tuan empunya diri, kalau nak download poster ekslusif kau orang ni, silakan......aku buat khas untuk kau orang sebagai kenangan......
Ekslusif Buat Peminat & Pereka Grafik



























































Pertama kalinya disiarkan secara lengkap poster- poster teater dan event yang pernah aku reka. Kepada peminat poster yang pernah melihat poster aku, mungkin kau orang belum pernah lihat unrelesed poster, alternatif poster & single poster yang pernah aku reka untuk produksi- produksi teater dan event di Penang. Kebanyakannya kau orang hanya pernah lihat poster rasmi sahaja kan.....sekarang.....tengok puas- puas.....sebelum aku luputkan dalam masa yang terdekat. PERHATIAN : ANDA DIBENARKAN DOWNLOAD KOLEKSI POSTER INI JIKA ANDA MAHU.