Senjakala (tahun 1990)

Ahad, 13 Disember 2009
Buku ni zaman aku sekolah menengah dulu.......aku ambil aliran sastera. ini antara buku kajian aku masa SPM. menariknya buku ni kerana jalan cerita yang sangat menyentuh individu yang membacanya. SENJAKALA adalah kisah kegigihan kinto, seorang pemburu tua yang turun berburu selama lebih seratus hari. Kinto ingin mendapatkan daging rusa untuk anak gadisnya yang sedang sakit. Dalam novel ini dilukiskan kecekalan hati seorang manusia yang tidak mahu menerima kekalahan, tentang harga diri dan kasih sayang. ia juga mencakup hubungan manusia dengan tuhannya, alam dan sesama manusia. Di atas segala- galanya tersimpan falsafah tentang proses pencarian diri, tentang kewujudan kita yang perlu menerima erti kekalahan bersandarkan kesedaran pada keagungan tuhan. Cinta yang patah dengan segala macam kompleksitinya, rendah diri seorang lelaki dengan rindu dan cintanya yang tak sampai, juga terungkap dalam novel ini.........
Senjakala adalah hasil dari penulis BAHARUDDIN KAHAR yang pernah memenangi hadiah karya sastera 1976, sayembara cerpen Esso-Gapena 1982 dan penerima "Zamalah Sastera"1985. kalau kau orang berminat carilah di kedai yang terdekat......itu pun kalau masih ada atau pun e-mail aku saja.

5 comments:

Dapur Kecik Kami berkata...

saya nak buku ni boleh?

Erna yoeliastie berkata...

ada lagi tak buku ni, saya nak la.

Unknown berkata...

tuan.masa sekolah dulu sy bkn aliran sastera.tapi saya pernah membaca buku ini pd tahun 1990.buku teks sepupu saya. mulanya tdk mahu membaca kerana cover nampak begitu hambar..setelah mula mebaca,saya mula tertarik,amat meminati jalan ceritanya,kerana kena dgn jiwa saya yg meminati outdoor..tapi skrg sdh lupa jalan ceritanya.sdh sekian lama mencari.dimana ada jual novel ini.xjumpa.sudikah tuan berkongsi,emel pd saya tulisan novel ini.mahu membacanya dan simpan sbg koleksi spjg hayat.

Unknown berkata...

Tuan saya sangat meminati novel senjakala ini. Jalan penceritaannya sangat menarik tuan. Watak dan perwatakan sangat bersesuaian dengan latar tempat penceritaan dalam novel tersebut. Bolehkah tuan berikan saya softcopy cerita novel tersebut ya tuan. Berikut email sya ya tuan johnnyahbin@yahoo.com.my

huhuhu berkata...

DBP ada menerbitkan semula novel ini. Ada dijual di kedai2 DBP atau secara online di dbpniaga.com. Boleh juga cek di laman FB mereka. Saya juga baru membelinya semalam di menara DBP cetakan baru.

Catat Ulasan